Gambaran keseluruhan plot Ran Mouri

Keraguan tentang identiti Conan

Ran pernah mengesyaki bahawa Conan ialah Shinichi. Namun begitu, Conan selalu berjaya menipu Ran bahawa dirinya ialah Conan. Ran lebih kuat mengesyaki Conan apabila dia secara tidak sengaja membuka cermin mata Conan ketika Conan tidur di atas sofa. Wajah Conan amat seiras dengan Shinichi Kudo ketika kecil. Lagipun Conan juga mempunyai akal yang cerdik dan handal membuat kesimpulan dalam kes-kes pembunuhan. Namun begitu, ibu Shinichi yang tahu mengenai penyamarannya, iaitu Yukiko mengatakan Conan ialah saudara jauh Shinichi. Dan oleh sebab itu, wajah Conan kelihatan seperti Shinichi. Yukiko juga mengatakan bahawa Shinichi gemar mengajar Conan untuk menyelesaikan kes-kes pembunuhan, dan oleh sebab itu Conan handal membuat kesimpulan. Dan ketika di saat genting apabila Conan cedera dan memerlukan darah, Ran mendermakan darahnya kerana dia percaya bahawa Conan ialah Shinichi yang mempunyai jenis darah yang sama dengannya. Namun begitu, Conan sekali lagi membuat helah dengan kembali kepada bentuk Shinichi dan Haibara Ai menyamar sebagai Conan.

Ran, syak wasangka

Ran mengesyaki identiti Conan

Pada satu episod, Conan lupa bahawa telefon bimbitnya tertinggal di atas sofa. Pada masa itu juga, Ran menghantar e-mel kepada Shinichi untuk memaklumkan bahawa dia dan ayahnya, Mouri mengalu-alukan kedatangan Shinichi untuk menyelesaikan masalah kes pembunuhan yang baru. Setelah menghantar e-mel, telefon bimbit Conan yang terletak di atas sofa tersebut mula bergetar. Ran mengambil telefon itu untuk melihat kandungan e-mel yang diterima oleh telefon milik Conan. Conan secara tiba tiba masuk ke biliknya dan mengambil telefon bimbitnya daripada tangan Ran. Conan bertanya kepada Ran,"Adakah awak melihat e-melnya?"

Pada akhir hari, Ran akhirnya berjaya mendapatkan telefon Conan. Pada lewat malam, Ran menunggu semua orang untuk masuk tidur. Kemudian, Ran cuba untuk membuka telefon bimbit Conan. Malangnya, terdapat Kod PIN yang perlu diisi. Akhirnya, Ran berjaya memecahkan kod, dengan mengeja Sherlock. Ran terkejut kerana tiada sebarang e-mel baru yang diterima oleh telefon bimbit itu. Ran masih tidak berpuas hati, lalu menghantar e-mel sekali lagi. Malangnya, telefon Conan tidak menerima sebarang e-mel. Kemudian, Conan mengetuk pintu dan dia inginkan kembali telefon bimbitnya. Conan mengatakan dia memadam e-mel tersebut kerana tidak mahu Ran membacanya dan memberi alasan bahawa e-mel tersebut datangnya daripada seorang gadis yang dia suka. Oleh itu, dia tidak mahu Ran membacanya. Sebenarnya, sebelum Ran memperolehi telefon bimbit Conan, Conan terlebih dahulu menukar telefon bimbitnya dengan Professor Agasa. Model telefon itu sebenarnya sama. Ran akhirnya tidak mengesyaki Conan.

Berkaitan